bc

lagu

Wednesday 24 September 2014

TIPS MENGATASI MASALAH GILER KPOP



  1. Selalu ingatkan diri sendiri kepada mati. byk benda yg kita perlu persiapkan utk sediakan bekalan utk akhirat.Buat apa merugikan diri dgn mengambil tahu tntg korea saje.mati nanti bukannya retis2 korea tu yg akan tolong kita
  2. Banyak bazir duit.cuba fikir duit yg kita beli tiket konsert,majalah epop,baju exo bagai tu...kalau kita sedekah kat org susah..bukan ke lagi untung.dapat gak jadi saham kat akhirat nanti.
  3. bazir masa.byk benda yg kita perlu tahu selain ambik tahu hal hidup retis2 korea tu.lebih baik ambik tahu kisah rasulullah.








Tuesday 17 June 2014

Hati...aku bersalah padamu




Duhai hati
Pulihlah dikau
Aku mendoakan kesembuhanmu
Aku akan sentiasa membacakan ayat suci al-quran untukmu
janganlah engkau lemah
Tabahlah duhai hati...kuatkan dirimu
Jangan engkau dengar bisikan syaitan
Tapi sentiasa ingat bahawa kau milik Tuhan
dan hanya kepada Allah kau mentaati

Ingatlah...di kala kau susah dan kesedihan,
Allah sentiasa bersamamu
Justeru,jangan pula kau lupa kepadanya di kala senang
Bersyukurlah duhai hati atas rahmat dan kasih sayangNya

Duhai hati...
Dikau sedang kritikal...oleh kerana terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan
maafkanku duhai hati...
kerana aku...kau menjadi semakin sakit dan bertambah parah
Apa yang aku mampu lakukan adalah memohon taubat kepada Tuhan
Dan bibirku akan ku basahi dengan selawat dan kalimah suci

Duhai hatiku...akan ku penuhi dirimu dengan iman dan taqwa dan aku tak mahu kau sakit lagi

HATI ADALAH SOFTWARE DALAM DIRI SETIAP INSAN
JANGAN BIARKAN VIRUS KEJAHATAN MEREBAK DI DALAMNYA
NANTI AKAN BANYAK BERLAKU KEROSAKAN PADA DIRI
OLEH ITU,AKTIFKAN IMAN SEBAGAI ANTI-VIRUSNYA...

Friday 18 April 2014

UNTUK AKHAWAT:CARI JODOH JGN SAMPAI DIPERBODOH ( Tu dia... )

APA KHABAR IMANMU HARI INI..?
Alhamdulillah,semoga kalian yg sdg membaca coretan ini..
 dpt menyentuh hati2 kalian
ana bukanlah seorang yg berilmu tinggi
tapi niat dihati ni hanya utk membantu kalian fahami konsep CINTA sebenar
ini hanya pendapat ana berdasarkan apa yg ana baca
terpulanglah pada kalian utk menerimanya atau tidak
apa yg pasti ana sudah laksanakan perintah Allah agar berpesan2 sesama saudara

okey,now...(tukar nada sporting sikit,tadi tu mcm series sgt...haha)
samada korang sedar atau tak,tahu atau tak tahu
dlm islam,istilah COUPLE tak ada yg halal tapi ianya HARAM
yg ada hanyalah istilah NIKAH..hanya ini sahaja hubungan yg di redhai Allah

istilah COUPLE ISLAMIK pon tak dek  dlm agama kita
katanya,cuma berhubung melalui mesej...itu pon tak ckp bnda yg sia2,sumenya tntg agama.
kalau nak berbincang mengenai agama sekalipun,
korang boleh jer cari kawan yg same jenis ngn korang
korang join la usrah,kalau nk paham agama...ataupun baca buku tntg agama

lagi satu,kalau nk tahu org lelaki memang nk jdkan kita isterinya,
mesti dia akan terus jumpa WALI kita
bukannya bawak kita ke hulu ke hilir atau berdating
katanya nk kenal hati budi dulu
kalau nk kenal hati budi seseorang tu,try la sekodeng dia senyap2
tengok bgmna cara dia berpakaian,cara dia bergaul,ke mana tempat yg dia selalu pergi
ke masjid atau ke tempat2 maksiat,sekodeng FB dia pon boleh
kdg2 kita boleh judge seseorg from daa cover
tapi kdg2 ada jugak yg nmpk baik,tapi rupenyer dia tu musang berbulu ayam
itu sebab kita kena sekodeng dia senyap2,
klau kita kenal dia berdasarkn apa yg dia ckp..bukan betul sgt apa yg dia bgtw tu
bila dah kahwin nnti baru kita tau siapa sbnrnya dia...haha...nasib la.
so,korang kena berhati2 okay...jgn cepat percaya,jgn cepat cair...

kalau betullah pasangan korang tu kata nak bina rumahtangga ngn korang
tak perlu tunggu lame2...terus jer jumpa wali then nikah terus
tunang tu...sebenarnya sbg ikatan atau nama lainnya 'dah dicop'
nobody boleh usik tunang org..itulah tujuan sbnrnya.
tapi,rata2 masyarakat sekarang ni anggap
 kalau tunang tu dah boleh sesuka hati di bawak pasangan ke mana2
dah boleh sentuh tangan sbb konfem tak lama lagi jd laki bini
sapa kata konfem..?belum lagi lar....
kalau nk bertunang tu pulak tak perlu heboh sgt.
ajak saudara mara ngn jiran terdekat jer,dan jgn nk invite sgt la kat facebook atau twitter
sebab kalau tak jadi kahwin nanti...byk pulak masalahnya.
org duk bercerita...takut timbul fitnah pulak nnti

CINTA yang SEBENARNYA adalah CINTA kerana ALLAH
CINTA yang suci atas ikatan PERKAHWINAN
dia cintakan kita kerana AGAMA kita
kita disarankan agama agar memilih pasangan berdasarkan:
AGAMANYA,KETURUNANNYA ,HARTANYA dan RUPANYA

Kadang2 ada juga yg ilmu agama tinggi,tapi akhlaknya teruk..
so,cari yg ada akhlak yer...
sebab ada jugak kes seorang ustaz yg memukul isteri

Kalau korang rasa lambat lagi utk berumah tangga sbb nk fokus belajar dulu
korang tak payah sibuk2 nk bercinta
bercinta lepas nikah lagi best...pahala berganda
kalau bercinta sebelum nikah....dosa berganda
your life,your choice

p/s: yang penting,jaga hati..jaga iman..jaga pandangan...jaga ikhtilat(pergaulan)

WASALAM...