bc

lagu

Tuesday 17 June 2014

Hati...aku bersalah padamu




Duhai hati
Pulihlah dikau
Aku mendoakan kesembuhanmu
Aku akan sentiasa membacakan ayat suci al-quran untukmu
janganlah engkau lemah
Tabahlah duhai hati...kuatkan dirimu
Jangan engkau dengar bisikan syaitan
Tapi sentiasa ingat bahawa kau milik Tuhan
dan hanya kepada Allah kau mentaati

Ingatlah...di kala kau susah dan kesedihan,
Allah sentiasa bersamamu
Justeru,jangan pula kau lupa kepadanya di kala senang
Bersyukurlah duhai hati atas rahmat dan kasih sayangNya

Duhai hati...
Dikau sedang kritikal...oleh kerana terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan
maafkanku duhai hati...
kerana aku...kau menjadi semakin sakit dan bertambah parah
Apa yang aku mampu lakukan adalah memohon taubat kepada Tuhan
Dan bibirku akan ku basahi dengan selawat dan kalimah suci

Duhai hatiku...akan ku penuhi dirimu dengan iman dan taqwa dan aku tak mahu kau sakit lagi

HATI ADALAH SOFTWARE DALAM DIRI SETIAP INSAN
JANGAN BIARKAN VIRUS KEJAHATAN MEREBAK DI DALAMNYA
NANTI AKAN BANYAK BERLAKU KEROSAKAN PADA DIRI
OLEH ITU,AKTIFKAN IMAN SEBAGAI ANTI-VIRUSNYA...

No comments:

Post a Comment