bc

lagu

Friday, 26 July 2013

Sebenarnya Saya Hamba Dia

Bismillahirrahmanirrahim,
Fitrah manusia yg Allah jadikan adalah memerlukan kepercayaan terhadap sesuatu.manusia perlukan Tuhan.manusia perlukan agama.hidup ini adalah medan ujian.akidah adalah senjata perang yg paling utama.tnpa akidah manusia tak mampu berperang dgn sempurna.amal ibadat yg sempurna adalah kejayaan yg diperoleh ketika perang.kita akan membawa bekal amal ibadat kita menghadap yg berkuasa di hari yg dijanjikan.semua manusia akan dikumpulkan di satu tempat iaitu di padang mahsyar.satu tempat di mana,manusia dibanjiri peluh dan matahari berada sejengkal di atas kepala.hanya org yg beruntung saja yg tidak merasainya.


DUNIA…inilah medan ujian kpd seluruh manusia yg hidup di bumi ini.Allah telah menetapkan segala-galanya.Hanya Dia yg tahu segala yg berlaku di atas muka bumi ini samada zahir dan batin.Kita tak mampu lari dari kekuasaan Allah kerana kita adalah milik Allah…dan kita hanyalah hamba yg perlu taat kpd-Nya.Subhanallah…Dia Maha Berkuasa.Dialah Tuhan Yang Esa.
Allah utuskan Rasulullah sbg pesuruhnya…untuk menyampaikan wahyu(pesanan/surat cinta dari Allah).agar manusia dapat menempuhi ujian yg diberiNya.Dengan adanya Al-quran dan sunnah ..hidup manusia lebih terpimpin.Dengan adanya Rasulullah…ISLA M  tersebar  dan kekal hingga KIAMAT.Islam agama yg benar,lengkap(syumul),universal….tak kira tempat,bangsa,keturunan dan warna kulit kerana kita hanya ada satu Tuhan iaitu Allah swt.
Allah berkuasa terhadap segala sesuatu.segala isi langit dan bumi berada di bawah kekuasaannya.



APA ERTINYA HIDUP INI….
Jika Allah tak dijadikan tempat bergantung
Jika masih lalai mengejar dunia hingga akhirat diabaikan
Jika bekalan tak mencukupi utk dipersembahkan pada Allah
Jika hati masih dicemari maksiat dan dosa
Jika hiburan duniawi menjadi pilihan utama tika ada masalah
Jika berpangkat tinggi tapi jarang menyentuh al-quran
Jika otak geliga tapi kedekut ilmu
Jika punya kehidupan selesa tapi tak pernah bersyukur
Jika hidup di dunia bahagia tapi akhirat sengsara


renungan

HIBURAN….nk berhibur tak salah tapi pilihlah hiburan yg mampu mendatangkan manfaat pada kita.berhibur jangan sampai lupa Allah.jgn sampai tinggal solat.hidup ini tak lama…bila2 masa saja kita akan mati.ajal maut ditangan Allah.maut tak mengira tempat dan waktu.bersyukurlah padaNya kerana dirimu masih dikurniakan nyawa.Saat hatimu berduka,berdoalah pada Allah…merayu,mengadu dan minta ditunjukkan jalan.bukannya melangkah ke tempat maksiat dan mengambil minuman haram.setitik air arak masuk ke kerongkong..40 hari amalan tak diterima.apatah lagi jika seteguk atau pun sebotal arak.


selain itu,ada juga hiburan yg semakin hangat pada masa kini.contohnya,KPOP…golongan remaja ramai yg meminati shgga mengakibatkan mereka lalai drpd tggungjwb yg patut mereka pikul.solat mudah ditinggalkan atau dilambat-lambatkn bila melayan filem korea.melambatkan solat juga dikenakan dosa tau.berpada-padalah dlm berhibur.jgn terlalu fanatics.artis korea itu juga adalah hamba Allah seperti kamu.malah kamu lebih beruntung berbanding mereka kerana kamu dikurniakan agama yg benar.dan mereka golongan yg sesat.mengapa perlu kagumi golongan yg sesat.kamu dilarang sama sekali mengikuti golongan yg sesat.nanti kamu jua akan sesat.selagi imanmu masih teguh…jgn biarkan ia rapuh.jgn sampai makan korea,tidur korea dan berfesyen pun ala2 korea.pakaian tak menutup aurat sebab nk pakai baju macam artis korea pakai.rambut Allah jadikan hitam…nak jadikan warna unggu,oren,kuning…dah mcm2 fesyen yg wujud shgga menyalahi syariah.islam tak larang berfesyen tapi jgn sampai syariah diketepikan.kita hamba Allah..jadi,kita WAJIB ikut apa yg Allah suruh dan tinggal ape yg Allah larang.Nabi saw telah ajar kita supaya tunaikan kewajipan,tinggalkan perkara2 haram dan yg memudaratkan diri  serta amalkan sunnahnya.sunnah nabi merupakan satu bonus pada kita.solat sunat dpt menampung kekurangan solat fardhu kita.musuh nombor satu kita adalah iblis dan syaitan.jgn biarkan mereka kuasai hati kita.
Setiap orang ade nafsu.jihad yg plg besar adalah melawan nafsu.nafsu ini ada banyak samada nafsu makan,nafsu tidur atau pun nafsu syahwat.nafsu syahwat lah yg plg bahaya.
Nak jauhi nafsu syahwat ni…kita kena jaga pandangan.jgn memandang perkara2 yg boleh menimbulkan syahwat.syaitan akan menggoda kita agar melakukan perkara yg haram agar kita terkandas ke lembah dosa.jgn menangkan nafsu kita sebaliknya lawan lah nafsu…jika kita tak melawan nafsu ini kita akan melakukan zina.zina ada banyak jenis.ada zina mata,zina hati dan byk lagi.


CINTA mmg fitrah semulajadi manusia.tanpa cinta hidup ini tak indah.tapi cinta juga boleh membawa kita kpd kehancuran jika kita salah gunakan cinta itu.cinta kepada ALLAH,RASULULLAH dan IBU AYAH serta SUAMI membawa bahagia.tetapi cinta kepada orang yg tak sepatutnya(cinta kerana nafsu) boleh merosakkan cinta kita kpd yg KUASA.namun,cinta itu perlu dikawal.bgmna utk hilangkan rasa cinta tersebut?....iaitu dgn selalu mendekatkan diri kepada Allah.kita mesti ingat Allah lebih berbanding makhluk Allah.kita tak punya apa2 selain Allah.di muka bumi ini…semua ALLAH yg punya.semua orgyg kita cintai di dunia ini…semuanya milik Allah.hanya Dia yg berkuasa terhadap semua perkara.


ALLAHU AKHBAR~


Saturday, 13 July 2013

ALLAH KNOWS

HAYATI LAGU INI










 Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat..
ALLAH tahu betapa kamu telah mncuba sedaya upaya..

Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan..
ALLAH telah mengira setiap titis air matamu..

Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa..
ALLAH sentiasa menunggu taubatmu..

Bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih tak berhasil..
ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga..

Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman..
ALLAH telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan hakiki..

Hidup ini indah jika brsama ALLAH

Thursday, 11 July 2013

Ujian Mematangkan Kita

Tips Menghadapi Ujian Hidup 

Apa – apa pun perkara yang menimpa diri kita, insyaallah akan menjadi kebaikan kalau dihadapi dengan sikap positif. Ketika ini, terasa betapa kehidupan adalah sangat berat. Kenaikan harga barang, bencana tanah runtuh, persengkataan politik, dan memuncaknya jenayah telah menjadi warna dominan didalam media cetak mahupun elektronik. Jika ditakdirkan musibah atau ujian itu menimpa diri kita, apa yang harus kita lakukan untuk menghadapinya? Bersediakah kita?



Di Sini Admin kongsikan bersama 7 Tips Menghadapi Ujian Hidup ...Semoga bermanfaat.....

Pertama, yakinlah bahawa ujian itu merupakan ekspresi cinta Allah pada hamba-Nya. Allah Swt memberikan cubaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam mengharungi kehidupan. Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari)

Kedua, yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita. Dengan syarat, kita dapat menyelesaikan setiap ujian itu secara baik. Anas r.a. berkata: Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah” (H.R.Tirmidzi)

Ketiga, yakinlah bahawa ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita kerjakan. Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda: “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya (H.R. Bukhari dan Muslim)

Keempat, selalulah untuk berfikir positif bahawa apa – apa pun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan. Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”(H.R.Muslim)

Kelima, yakinlah bahawa setelah kita ditimpa kesulitan, maka akan ada kemudahan. Fakta menunjukkan bahawa idea – idea yang hebat sering muncul ketika kita berada di puncak kesulitan. Contohnya, banyak mahasiswa dapat mengarang jawapan walaupun pada saat menghadapi soalan peperiksaan yang sukar. ( Saya sering mengalaminya ketika peperiksaan akhir semester). Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Q.S. Alam Nasyrah 94: 5- 6)

Keenam, selalu optimistik bahawa kita boleh menyelesaikan setiap ujian yang Allah berikan, kerana Allah tidak akan memberikan ujian di luar kemampuan hamba-Nya. Optimis dapat melahirkan tenaga yang tersembunyi dalam diri kita, kerana itu optimis boleh menjadi bahan bakar untuk menyelesaikan segala persoalan. Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan hambanya itu. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” (Q.S. Al-Baqarah 2 : 286)

Ketujuh, menghadapi ujian dengan usaha dan doa. Kerah segala ikhtiar untuk menyelesaikan ujian dan follow-up usaha itu dengan doa. Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap” (Q.S. Alam Nasyarh 94 : 7 – . Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan doamu.” (Q.S. Al-Mu’min 40: 60)





Itulah tujuh tips untuk menghadapi pelbagai ujian. Apa – apa pun perkara yang menimpa diri kita, Insyaallah ia akan menjadi kebaikan kalau dihadapi dengan sikap positif, optimistik, ikhtiar yang maksimum dan diikuti dengan doa. Sesungguhnya pertolongan Allah akan turun kalau kita berada dipuncak ujian. Untuk itu, jadikanlah ujian sebagai tangga untuk meraih pertolongan Allah SWT.