bc

lagu

Tuesday 15 October 2013

kawal amarahmu



Tidak ramai orang yang 'gagah' di zaman ini... Masing-masing akan menunjukkan reaksi marah mereka secara melulu sedangkan perkara tersebut tidak sukar pun jika ditangani dengan baik... marah itu perlu tetapi biarlah terkawal...

kita wajib marah bila agama kita dipermainkan misalannya dan marah kita itu bukan bererti kita tidak gagah tetapi itulah gambaran 'gagah'nya kita... mengawal kemarahan sepadan dengan tempatnya.. marah yang rasional...

 marah pada orang yang tidak solat contohnya, itu marah yang positif mudah-mudahan mereka akan berubah tetapi bukan sehingga mencederakan individu tersebut... begitu juga marah si ibu bapa pada anaknya apabila si anak melakukan perkara yang tidak sepatutnya kerana itu merupakan suatu didikan... 

jadi berpada-padalah jika marah... kita disarankan untuk berwudhuk jika kita marah... kerana api kemarahan itu dari syaitan... jika kita marah dan kita sedang berdiri, kita disarankan duduk... jika kita marah dan kita sedang duduk, maka disarankan kita baring... saranan-saranan seperti ini adalah untuk mengelakkan marah kita tadi akan semakin marak seumpama api yang disimbah minyak... sebab itu tidak mustahil terhasilnya perkara-perkara yang tidak diingini apabila marah itu tidak terkawal lagi.. bahkan mungkin sehingga tertumpahnya darah... bersabarlah ya... tidak rugi mereka yang bersabar insyaAllah...

Ya Allah jadikan kami di kalangan hamba-hamba-Mu yang sabar ketika marah dan berikan kami kekuatan mengawal kemarahan kami... Sesungguhnya Dikau Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu... Amin~

No comments:

Post a Comment