bc

lagu

Sunday 20 October 2013

ikhtilat wanita solehah



Jarang cakap dengan bukan mahram,
bukan sebab sombong.

Mungkin sebab perkara itu tak biasa macam orang lain,
atau perkara itu tak penting,
menjaga diri,
rasa hormat,
atau malu.
Fahami lah....





Wahai Muslimah!
Engkau Ibarat Mutiara di lautan
Yang Nilainya Amat Berharga

Diri Mu Perlu Dipelihara 
Dan Perlu Disaluti Dengan Akhlak
Yang Mulia

Diri Mu Perlu DiBentengkan 
Dengan Perisai Malu Yang Kuat 
Agar Kesucian Mahkota Mu Terpelihara
Dari Noda Dosa Dunia 

Hati Mu Perlu Diikat 
Bersama Ad-Din Agar Keindahan Agama Mu 
Sentiasa Mekar Mencintai Yang Maha Esa

Wahai Muslimah! 
Jadilah Dikau Mutiara Yang Tersimpan 
Rapi Didasar Lautan Agar Kesolehan Mu 
Menjadi Cahaya Peribadi Mu 
Yang Sinarnya Menjadi Dambaan Syurga.


"Kenapa tak boleh keluar dengan lelaki ajnabi walaupun tak ada pegang-pegang, tak ada sentuh-sentuh, tak buat benda tak senonoh, tak ada pergi tempat gelap ? Kita orang keluar just for fun."

Ikhtilat.
Kalau kita tak jaga ikhtilat, iaitu pergaulan kita dengan lelaki bukan mahram, maka kita akan senang dijangkiti penyakit hati.

Bila mata suka memandang kepada ajnabi,
bila mulut suka berbual kosong dengan ajnabi,
bila telinga suka mendengar suara ajnabi,
bila tangan suka ber'chatting' dengan ajnabi,
bila kaki suka melangkah bersama ajnabi,
bila diri suka meraih perhatian ajnabi,
maka kita akan mudah jatuh hati.

Dari situ, syaitan akan mula menggerakkan operasi mereka untuk mengheret kita ke arah yang lebih dimurkai Allah.

Zina.
Na'uzubillah...

copy right: Page GengTudung Labuh 

No comments:

Post a Comment