bc

lagu

Sunday 20 October 2013

BIDADARI TUDUNG LABUH


Saat mula-mula sibuk nak pakai stokin. 
Saat mula-mula belajar nak pakai hand socks,
Saat mula -mula nak pakai tudung labuh sikit, 
Saat mula nak pakai tudung dengan inner.

Mesti akan ada yang pelik.
Mesti ada yang kata, “alimnya”.
Mesti ada yang hairan.

Sabarlah. Dan bertahanlah! 


jika kita sudah berniat untuk tutup aurat dengan sempurna, pakai tudung labuh, pakai saja.

jika hidayah itu sudah ada, doakan kita peroleh taufiq(berbuat) pula. sentiasa doakan agar Allah permudahkan





Pakaian yang menepati syariat boleh menutup aurat tetapi tidak akan mampu menutup pintu fitnah . Berpakaianlah kerana Allah , kerana dengan itu kebaikan akan datang menyertaimu bersama .

Andai pakaian yang menutup aurat tetapi masih menjebakmu kepada fitnah , itu kerana nilai akhlakmu yang tidak terjaga . Jangan pula dipersalahkan pakaianmu .

Hakikatnya , pakaian itu sudah berbakti kepada jasadmu di dunia . Muslimah istimewa selalunya menjaga maruah dirinya .


Cara bertudung mengikut hukum syara`
- Hendaklah tudung itu menutupi seluruh badannya kecuali wajah dan telapak tangan. Dengan catatan, apabila seorang menutupi keduanya maka ini jelas lebih suci dan utama
- Tidak ketat sehingga menggambarkan lekuk tubuh
- Kainnya harus tebal, tidak nipis dan tidak tembus pandang sehingga menampakkan kulit tubuh
- Tidak menyerupai pakaian laki-laki
- Tidak ketara dan berwarna yang dapat menarik perhatian
- Tidak menyerupai pakaian wanita kafir
- Bukan pakaian untuk mencari populariti
- Tidak diberi wangian atau wangi-wangian.
Ada dua faktor yang mendorong mereka berkelakuan demikian boleh pelbagai. Boleh jadi mereka hanya ikutan-ikutan; yang penting bertudung, terpengaruh oleh trend, takut dijauhi, dll. Jadi ada faktor dari dalam diri dan ada faktor dari luar.

Faktor dari dalam ini, iaitu berupa pemahaman yang mendalam dan didasari oleh keimanan yang teguh, adalah hal pertama dan terpenting. Mereka yang paham bahawa tuntutan Islam untuk bertudung adalah bukan sekadar masalah fashion tetapi bentuk ketaatan dan sumber aliran deposit pahala, akan lebih konsisten berlangsung dengan 'pilihan'. Kerana ketika melakukan sebaliknya, mereka akan berfikir bahawa setiap saat itu mereka melanggar perintah-Nya. Di sinilah pentingnya penanaman keimanan, percaya bahawa setiap kelakuan ada akibatnya.
KERANA.......


Ada ketenangan dan kesejukan tersendiri ketika kita nampak seorang wanita yang bertudung dan berpakaian sesuai dengan yang Islam tuntunkan. Dibandingkan dengan contoh2 tudung, apalagi yang memakai baju adiknya, atau baju yang "belum jadi", atau kurang bahan.

Walaupun kita berjilbab labuh,, jangan pernah rasa diri kita ini sudah bagus.. walaupun kita memakai purdah / niqab.. jangan pernah memandang rendah kepada orang lain..

kerana..

kita tidak tahu akan datang.. sudah berkahwin.. sudah mempunyai anak.. sudah mempunyai cucu dan seterusnya.. kita akan terus berpakaian begini atau tidak.. mungkin kita akan berubah kepada sebaliknya....

jadi.. sama-samalah kita berdoa agar Allah tetapkan iman kita untuk istiqamah dalam melakukan perkara yang memberi kebaikan kepada diri kita dan seterusnya agama..


copy right from Geng Tudung Labuh facebook page
harap bermanfaat ^^

No comments:

Post a Comment