bc

lagu

Friday 14 December 2012

ToLOnG SaMpAikAn PaDa Si DiA



Tolong beritahu si dia,aku ada pesanan buatnya
tolong beritahu si dia,cinta agung adalah cintanya
tolong beritahu si dia,cinta manusia bakal membuatnya alpa

Tolong nasihati si dia,jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa
tolong nasihati si dia,jangan mengingati aku lebih dari dia menyintai Yang Maha Kuasa
tolong nasihati si dia,jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya

tolong katakan pada si dia,dahulukan Allah kerana di situ ada syurga
tolong katakan pada si dia,dahulukan ibu bapanya kerana ditelapak itu adda syurganya

tolong ingatkan si dia,aku terpikat kerana imannya bukan rupa
tolong ingatkan si dia,aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta
tolong ingatkan si dia,aku kasihinya kerana santunnya

tolong tegur si dia,bila dia mula mengagungkan cinta manusia
tolong tegur si dia,bila dia tengelam dalam angan-angan
tolong tegur si dia,andai nafsu mengawal diri

tolong sedarkan si dia,aku milik yang Maha Esa
tolong sedarkan si dia,aku milik keluarga
tolong sedarkan si dia,tanggungjawabnya besar kepada keluarganya

tolong sabarkan si dia,usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana
tolong sabarkan si dia,andai diri ini enggan dirapati  kerana menjaga batasan cinta
tolong sabarkan si dia,bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya

tolong pesan padanya,aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya
tolong pesan padanya,aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya
tolong pesan padanya,aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya

tolong khabarkan pada si dia,aku tak mahu melekakannya
tolong khabarkan pada si dia,aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya
tolong khabarkan pada si dia,jadilah penyokong dalam kejayaanku






No comments:

Post a Comment